persatuan Ibubapa & Guru SRAI PEKAN Labuan
Sebutharga Pengusaha Kantin
sekolah rendah agama islam pekan
wilayah persekutuan labuan
orang ramai adalah dijemput menyertai sebuatharga bagi pengusaha kantin sekolah sekolah bagi jangkamasa setahuan mulai buka sekolah penggal pertama sehingga akhir penggal persekolahan akhir tahun.
BORANG SEBUTHARGA BOLEH DIDAPATI DARIPADA PEJABAT SEKOLAH srai pekan pada masa tender di buka pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM10 sahaja. borang tersebut hendekalah di kembalikan selewat-lewatnay pada hari penutupan tender. sebagai makluman jumlah murid seramai 600 orang
SYARAT-SYARAT
1. sebutharga ini terbuka kepada semua orang islam tetapi keutamaan akan diberikan kepada ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah di sekaolah ini
2. mempunyai lesen perniagaan yang sah serta mempunyai sijil kedihatan yang disahkan oleh pegawai perubatan.
3. keutamaan akan diberikan kepada peserta/ syarikat yang memberi tawaran makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan.
4. pesarta sebutanharga hendaklah tidak mempunyai sebarang hutang piutang dengan pihak PIGG atau pihak lain sehingga boleh menjejeskan pembayaran sewan dan pengurusan penjualan di kantin.
5. menjual makanan dan minuman yang diluluskan oleh pihak PIBG sahaja. senerai harga jualan makanan dan minuman yang di cadangkan hendeklah disertakan untuk kelulusan PIBG.
6. Jangkamasa menguasai kantin sekolah rendah agama islam pekan selama satu tahun.
PERATURAN
1.bayaran harian berdasarkan hari operasi dijalankan pada hari-hari persekolahan.
2.pembayaran sewa kantin hendekalah dijelaskan pada hari jumaat pada setiap minggu persekolahan kepada bendahari PIBG atau pejabat SRAI Pekan dan pembayaran hendaklah dikira dan disaksikan oleh pengusaha kantin.
3. masa perniagaan tertakluk pada masa persekolahan. masa perniagaan jam 6.30 pagi sehingga 6.00 petang.
4. masa perniagaan diluar masa ditetapkan hendaklah diminta kebenaran secara bertulis dengan pihak guru Besar SRAI Pekan.
5. borang sebutharga yang telah disi hendaklah di masukan ke dalam peti sebutharga SRAI PEKAN yang telah disediakan di pejabat sekolah.
6.calon yang berjaya hendaklah menjalankan perniagaan bagi keperluan murid-murid dan guru-guru bagi sesi pagi dan petang
7. pengusaha kantin dan kakitangan hendaklah memastikan kakitangannya bersembahyang di mesjid setiap kali waktu solat terutama sekali pekerja lelaki.
8. pengusaha kantin dan kakitangan hendaklah memakai pakaian mengikut syariat islam dan bersih. pakaian yang menjolok mata dan mempamirkan aurat adalah di larang sama sekali.
9. makanan yang bersih dan halal serta berkhasiat sahaja dibenarkan dijual di akantin sekolah. makannan ringan dan semua jenis permainan kanak-kanak adalah dilarang sama sekali.
10. minuman yang disediakan mestilah dari air yang bersih dan telah dimasak terlebih dahulu.
11. calon yang berjaya hendeklah menentukan yang keadaan kantin dan kawasan berdekatan dengan kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur.
12.semua kelengkapan kantin adalah tanggungjawab pengusaha untuk menyediakan. kecuali kerusi dan meja akan disediakan oleh pihak sekoalah.
13.pengusaha kantin hendaklah memohon sendiri bakalan letrik daripada sabah eletrikcity sdn bhd dan bekalan air daripada jabatan kerja raya.
14. senarai harga jualan hendeklah dipamerkan di kantin.
15. penjualan minuman keras dan rokok adalah dilarang sama sekali.
16. pihak PIBG juga boleh menamatkan khidmat pengusaha kantin apabila difikirkan perlu dengan terlebih dahulu memberi notis dalam jangkamasa satu bulan.
17. calon yang berjaya hendeklah membayar wang cagaran atau deposit untuk dua bulan dari jumlah sebutharga yang telah ditetapkan sebelum menjalankan perniagaan.
18. calon yang berjaya hendaklah menandatangani satu perjanjian antara pengusaha dan pihak PIBG
19. sekiranya pihak pengusaha gagal mematuhi kesemua syarat yang ditetapkan maka pihak PIBG SRAI Pekan berhak menammatkan perkhidmatan pengusaha Kantin.
peti surat 81605, 87026 W.P.Labuan. Tel : 087-411881 Faks : 087-418882 email :sraipekanlabuan@yahoo.com
re
- AHLAN WASAHLAN - SELAMAT DATANG - WELCOME -
Mengenai Saya
- srai pekan labuan
- Sekolah Rendah Agama Islam At-tarbiyah Al-islamiah Labuan. Terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan.Di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Labuan Sekolah ini Menawarkan Pendidikan Berteraskan Islam. Pejabat dibuka jam 7-30 pagi.Manakala Sesi Persekolahan pula adalah sepeti berikut : Tahap satu, 1.30 petang hingga 3.30 petang,Manakala bagi Tahap dua 3.30 petang hingga 5.35 petang
pendaftaran tahun 2012
Sesi Persekolah telah bermula pada 4hb Januari 2012
selamat datang kepada pelajar
selamat datang kepada pelajar